Friday, 24 February 2012

Mengapa Perlu Takut? Mengapa Perlu Syukur?

Allah yang memberikan kita ini nyawa, Allah lah yang memberikan kita keluarga, Allah juga yang memberi kita rezeki, Allah beri kan kita hidung untuk bernafas, mulut untuk kita makan, kaki untuk kita berjalan, Allah yang memberikan kita kesihatan, Allah jugalah yang memberikan kita akal fikiran, Allah lah yang memberikan kita segala-galanya yang kita ada di dunia ini.

oleh itu marilah sama-sama kita fikirkan, mengapa kita selalu meminta pertolongan daripada makhluk Allah yg lain (manusia, jin atau syaitan) sekiranya kita berada di dalam kesusahan? Jika kita terkena buatan orang, mengapa bomoh yang kita cari? padahal jin/syaitan tidak dapat berbuat apa2 pada kita jika Allah tidak izinkan mereka menyentuh kita, mengapa pula bomoh yg kita cari jika Allah yang mengizinkan jin/syaitan berbuat jahat kepada kita? Mengapa tidak kita tadahkan tangan memohon ke hadrat Ilahi supaya dihapuskan gangguan2 tersebut. kalau kita tidak tahu ayat mana yang perlu dibaca, apa susahkan, ambil wuduk, solat lima waktu, usai solat, tadahkan tangan berdoa sepenuh hati (bace melayu je), minta pada Allah supaya jangan izinkan makhluk lain mengganggu kehidupan kita. susah ke? Tentulah perlukan istiqamah dalam perkara mcm ni. Selagi Allah tidak perkenankan doa kita, kita teruskan lagi berdoa, banyakkan lagi ibadah kita, yakin dan percaya yang Allah akan membantu kita, kerana Allah Maha Mendengar, Allah sengaja tak makbulkan doa kita, sbb ape? sbb Allah rindu nak mendengar kita merayu-rayu dalam berdoa kepadaNya. Jika ada antara kita yang berjumpa ustaz2 yang arif dlm bab2 halau hantu ini, Alhamdulillah, tp kita kena ingat itu cuma jalan ikhtiar, bukan ustaz/ustazah yang dapat menghalau hantu tu atau menyembuhkan penyakit kita tu, tapi Allah sajelah yang dpt memulihkan kita kerana dengan izin Allah lah mereka dpt mengganggu kita, dan dengan izin Allah jugalah mereka tidak lagi dapat berbuat apa2 kpd kita.

Begitu juga dengan penyakit yang kita hidapi, cth kanser, asma, diabetes, darah tinggi dll, semua itu datang dari Allah, tapi mengapa doktor yg kita jumpa? padahal penyakit itu Allah yang timpakan kpd kita. doktor itu pun manusia biasa mcm kita juga, Dia tak dapat datangkan mudarat atau memberi manfaat pun kepada kita jika Allah tidak izinkan. jadi mengapa kita jumpa doktor? tentulah kita kena cari ikhtiar kan? tak boleh lah berserah bulat2 pada Allah tanpa usaha kan? memang betul tu, tapi kita kena ingat yang dapat menyembuhkan penyakit itu hanya lah Allah bukan doktor dan bukan ubat yang doktor bagi. Dan kebanyakan kita terlalu bergantung kepada ubat-ubatan itu, dan membuatkan kita percaya ubat2 itulah yg mampu menyembuhkan penyakit kita. Kita perlu suburkan di dlm hati, yang dpt menyembuhkan penyakit ini hanyalah Allah, ubat-ubatan itu hanyalah sebagai ikhtiar.

Kita juga perlu ingat ini juga adalah ujian, ujian untuk menguji kita membuat pilihan, adakah kita memilih meminta bantuan makhluk lain atau kita memilih meminta bantuan daripada Allah. Kita perlu ingat yang berkuasa ke atas diri kita adalah Allah, Tuhan semesta alam. Jika Allah memberi kita nyawa, Allah jugalah yang dapat mengambilnya, jika Allah memberi kita rezeki yang banyak, Allah jugalah yang dapat menguranginya atau mengambilnya, jika Allah memberi kita anak, Allah jugalah yang berhak mengambilnya, jika Allah mendatangkan kita musibah, Allah juga yang dapat melenyapkannya, jika Allah memberi kita penyakit, Allah juga yang dapat menyembuhkannya. Dan kebanyakan kita takut kepada makhluk Allah yg lain (manusia/jin/syaitan), sedangkan mereka tidak dapat memberi sebarang mudarat atau manfaat pun kepada kita tanpa izin Allah. Kepada siapa sebenarnya yg perlu kita takut? Tentulah Allah swt...krn Allah yang memberi kita semua yang kita ada sekarang ni, dan Allah jualah yang dapat mengambilnya bila-bila masa yang dikehendakiNya. Tiada siapa, manusia, jin atau syaitan pun yang dpt menghalang jika Allah ingin mengambil apa yang dikehendakiNya, tidak kiralah nyawa, kesihatan, kesempurnaan fizikal, harta, anak, ibu bapa, semuanya, Allah boleh ambil...

Kesimpulannya, semua yang kita ada sekarang ini adalah dari Allah, jadi Allah jugalah yang berhak mengambilnya bukan manusia, jin ataupun syaitan. Oleh itu, hendaklah kita takut hanya kepada Allah bukan makhlukNya yg lain, kerana mereka tidak dapat ambil apa2 pun drpd kita tanpa izin Allah. Jika kita tahu semuanya datang drpd Allah, maka hendaklah kita bersyukur dengan nikmatnya supaya nikmat itu tidak ditarik oleh Allah bahkan ditambah-tambah pula.

Begitu juga dengan kesusahan sprt penyakit, kemiskinan atau kehinaan, semua itu datang dari Allah bukan dari manusia,jin atau syaitan, jadi Allah jugalah yang dapat melenyapkannya, jika makhluk Allah yang lain dpt mendatangkan mudarat kepada kita, tentulah ianya dengan izin Allah. Jadi kita hendaklah berdoa supaya Allah tidak mengizinkan mereka mengapa-ngapakan kita. kita seharusnya bersyukur kepada Allah dengan kesusahan yang ditimpakan kepada kita, kenapa? kerana kita perlu ingat, semua itu adalah ujian, Allah menguji kita adakah kita masih bersyukur atau tidak kiranya kesusahan yg Allah beri... Adakah kita marah kepada Allah atau kita bertambah-tambah bersyukur kepada Allah. Semua itu adlah ujian daripada Allah.

kebanyakan kita mahukan anak yang ramai, muka yang lawa, badan yang ramping, rezeki yang banyak, rumah yang besar, kereta yang mewah, isteri yang cantik, suami yang kacak, dan banyak lagi yang kita mahu, tetapi jika kita dapat apa yang kita pinta, tidak pula kita bersyukur.

Pernahkah kita terfikir, layakkah kita mendapat apa yang kita ada sekarang? Solat wajib kita pun tak pernah penuh, puasa ramadhan pun selalu tinggal, maksiat selalu buat, mengumpat pula setiap hari, zakat pulak kadang-kadang je bayar, arak selalu minum, masjid tak pernah pergi,  fikiran kita pula asyik ingat awek, ingat harta, dll, tak pernah nak ingat Allah yang memberi kita semua tu, tak pernahkah kita terfikir layak ke kita dpt semua yg kita ada sekarg ni kalau dosa kita lebih banyak dr pahala? layak ke kita mendapat semua ini? Tentulah sama sekali kita semua tidak layak... jadi jika kita masih waras, jika kita masih ada akal, marilah bersyukur dengan nikmat yg Allah kurniakan kpd kita ini sedangkan kita ini tidak layak mendapat semua ini... marilah kita bersyukur dengan nikmatnya. Alhamdulillah...

2 comments:

  1. As Salam,

    terima kasih,ilmu yang bermanfaat ^^

    ReplyDelete