Tuesday, 13 March 2012

Segala puji hanya bagi Allah dan …….?


Bismillahirrohmanirrahim

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbh

Lama rasanya tidak menulis untuk Laman Emjay. Maklumlah bagaikan kain singkat, di tarik ke atas nampak peha dan di tarik ke bawah nampak kemaluan. Saya masih menjawat jawatan pensyarah di UTM, insya-Allah saya akan pencen lagi 5 tahun. Jadi apabila sibuk dengan pelbagai tugas hakiki, terpaksalah yang ini dberikan keutamaan. Kini makmal-makmal di bawah kawalan saya perlu dikemaskini mengikut 5S, menyebabkan tugas semakin bertambah. Namun saya berdoa agar Allah SWT memberi rahmatNya semoga saya dapat menulis dengan lebih kerap.

Tidak lama dahulu seorang pembaca Laman Emjay diiznkan Allah SWT untuk bertemu dengan saya. Dalam pertemuan tersebut hamba Allah yang saya namakan Ahmad telah meminta izin untuk belajar dengan saya. Bagi saya mudah, ilmu saya tidak banyak namun setiap ilmu yang diberikan Allah kepada saya akan kelak disoal di akhirat “Emjay, apa yang telah kamu buat dengan ilmu yang Aku berikan kepada kamu?”. Beratlah balasannya jikalau saya menjawab “Saya hanya gunakan untuk diri saya sendiri”.

Di dalam pertemuan tersebut saya menceritakan kaedah saya mengajar. Pada waktu dahulu saya mengajar seorang dengan seorang. Alhamdulillah apabila nampak hasilnya saya lebih berkeyakinan. Selepas bertambah bilangan orang yang ingin belajar, saya usahakan kumpulan yang terdiri kira-kira 5 – 6 orang. Rupanya apabila saya mengajar secara berkumpulan ini, pertemuan hanya dapat berlaku untuk beberapa kali sahaja. Hasil dari setiap pertemuan juga tidak sebagaimana yang diharapkan seperti jika saya mengajar secara berseorangan. Saya dapati apabila mengajar secara berkumpulan, amat kurang pertanyaan yang dikemukakan maklumlah setiap dari mereka malu untuk mengemukakan soalan kerana akan diketahui oleh orang lain.

Kelas yang berlangsung bagi 2 orang juga menemui kegagalan kerana mungkin antara dua orang ini juga malu untuk bertanya, mungkin kerana takut rahsia diri diketahui orang lain.

Wednesday, 7 March 2012

SAYANG BENOR DENGAN TANGKALNYA!



Mak Nah adalah panggilan untuk makcik yang saya kenali. Mak Nah tinggal bersama suaminya seorang pesara kerajaan. Kedua-dua suami isteri ini sudah berumur lebih dari 70 tahun. Umur kedua orang tua ini lebih tua dari umur ibu ayah saya.

Mak Nah mempunyai ramai anak, lebih dari sepuluh orang. Antara anak-anak beliau seorang daripadanya saya namakan Muiz tinggal bekerja di Kelantan. Seorang cucu lelaki yang saya namakan sebagai Amat saja adalah anak kepada Muiz dan dibela oleh Mak Nah dan suaminya. Semenjak kecil lagi Amat dibawa bersama Datoknya ke surau dan masjid untuk sama bersembahyang. Pada usia hampir 10 tahun, Amat pernah azan disurau tersebut. Pendek kata kalau melihat perilaku Amat ini memang menunjukkan bakal tokoh seorang ustaz.

Dengan ketentuan dari Allah cucu bernama Amat ini telah kemalangan dilanggar kereta dan cedera agak parah. Selepas kemalangan ini Amat diambil semula oleh kedua ibubapanya. Selepas beberapa tahun Amat yang lebih selesa tinggal dengan nenek dan datoknya balik semula tinggal bersama Mak Nah. Nenek dan datok mana yang tidak sayang cucunya.

Saturday, 3 March 2012

Ganjaran Buat Mereka Yang Taat Solat

Allah swt berfirman yang bermaksud;
"Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberi ganjaran dengan lima cara iaitu":
  1. dimurahkan rezekinya
  2. terlepas daripada seksaan kubur
  3. di Hari Pembalasan, kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan di sebelah kanan
  4. mereka akan melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata
  5. terkecuali dari kiraan amalan
Manakala sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14 cara iaitu 5 seksaan di dunia, 3 ketika hendak mati, 3 seksaan di dalam kubur dan 3 seksaan ketika dibangkitkan semula daripada kubur.

Thursday, 1 March 2012

Arwah Ibu Melawat Mayat Anak

Kisah ni aku copy dr kisah seram yg aku baca...memang memberi pengajaran... so aku ingatkan korang ni bukan story aku, tp aku copy utk dijadikan teladan...InsyaAllah... semua yg baik itu datang dr Allah, dan semua yang buruk itu datang dari kelemahan diriku sendiri...

.................................................

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Kisah Fatimah Dan Batu Pengisar

Suatu riwayat menyebut bahawa, suatu hari Rasulullah saw menziarah anaknya Fatimah dan didapatinya Fatimah sedang menangis.

Rasulullah saw bertanya anaknya; "Wahai Fatimah, apakah yang menyebabkan engkau menangis".

Jawab Fatimah; "Wahai ayahku, aku menangis kerana terlalu amat letih mengisar tepung untuk menyediakan makan untuk keluarga dan menjalankan kerja harian di rumah. Kalau boleh, tolonglah beritahu kepada Ali agar ia belikan seorang hamba bagi membantu kerja-kerja ini dan ia menjadi sebesar-besar kurnia kepada ku".

Mendengarkan pengaduan anaknya itu, Rasulullah saw sedih dan mengalirkan air mata. Lalu Baginda menghampiri batu pengisar tepung itu tujuan membantu anaknya menyelesaikan kerja mengisar tepung. Baginda mengambil segenggam gandum dan dimasukkan ke dalam tempatnya sambil membaca Bismillah.