Mak Nah adalah panggilan untuk makcik yang saya kenali. Mak
Nah tinggal bersama suaminya seorang pesara kerajaan. Kedua-dua suami isteri
ini sudah berumur lebih dari 70 tahun. Umur kedua orang tua ini lebih tua dari
umur ibu ayah saya.
Mak Nah mempunyai ramai anak, lebih dari sepuluh orang.
Antara anak-anak beliau seorang daripadanya saya namakan Muiz tinggal bekerja
di Kelantan. Seorang cucu lelaki yang saya namakan sebagai Amat saja adalah
anak kepada Muiz dan dibela oleh Mak Nah dan suaminya. Semenjak kecil lagi Amat
dibawa bersama Datoknya ke surau dan masjid untuk sama bersembahyang. Pada usia
hampir 10 tahun, Amat pernah azan disurau tersebut. Pendek kata kalau melihat
perilaku Amat ini memang menunjukkan bakal tokoh seorang ustaz.
Dengan ketentuan dari Allah cucu bernama Amat ini telah
kemalangan dilanggar kereta dan cedera agak parah. Selepas kemalangan ini Amat
diambil semula oleh kedua ibubapanya. Selepas beberapa tahun Amat yang lebih
selesa tinggal dengan nenek dan datoknya balik semula tinggal bersama Mak Nah.
Nenek dan datok mana yang tidak sayang cucunya.
Selepas UPSR, demi untuk mendidik Amat menjadi seorang
pemuda yang berakhlak dan beragama, Mak Nah lalu mengorbankan wang ringgit
untuk menghantarkan Amat belajar agama di sekolah Pondok di Negeri Sembilan.
Bukan sedikit wang yang habis dibelanjakan untuk pendaftaran dan yuran
pengajian dan yuran asrama bagi Amat. Sesampainya Amat di sekolah pondok ini,
dia dah mula buat hal. Namun Mak Nah dan suaminya terus meninggalkan Amat di
sekolah pondok ini kerana pada tanggapannya, kelakuan Amat ini adalah biasa
bagi pelajar baru seperti Amat.
Mak Nah meninggalkan Amat di sekolah pondok dengan seribu
harapan agar Amat kelak menjadi orang yang berguna di sisi agama Islam. Namun
harapan tinggal harapan sahaja kerana apabila selepas beberapa hari Mak Nah
menerima panggilan telefon dari sekolah pondok Amat menceritakan bagaimana Amat
melakukan perkara yang pelik-pelik dan mengalami gangguan seperti orang kena
histeria. Mak Nah dan suaminya lalu bergegas menyewa teksi pergi ke sekolah
Amat di Negeri Sembilan. Melihatkan keadaan Amat yang menyedihkan lalu Mak Nah
dan suaminya membuat keputusan untuk membawa balik Amat ke kampung. Setibanya
ke kampung Amat menjadi elok semula. Oleh kerana Amat memang tidak berminat
untuk belajar semula di sekolah pondok tersebut, lalu ia memberikan seribu satu
alasan agar ia tidak dihantar semula belajar ke sekolah tersebut. Hancur
leburlah harapan Mak Nah dan suaminya. Harapan melihat Amat menjadi ustaz tidak
kesampaian. Pada usia muda di mana rakan sebaya Amat sedang bersekolah di
tingkatan tiga, Amat kini tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar
di kawasan sekitar daerah kediaman Mak Nah.
Sewaktu Mak Nah merujukkan cerita Amat ini kepada saya, saya
mengambil kesempatan untuk mengorek sejarah Amat ini. Mak Nah ada menceritakan
bahawa semasa Amat kemalangan dahulu memang Amat ada dibawa berjumpa bomoh dan
bomoh ada memberikan tangkal untuk disimpan oleh Amat. Sewaktu Amat balik
mengikut ayah ibunya, Amat ada juga dibawa untuk bertemu bomoh dan ada tangkal
yang diberikan untuk simpanan Amat. Setelah menasihati Mak Nah, saya ada
mengatakan bahawa menyimpan tangkal ini adalah menyalahi agama dan Mak Nah
seperti benar-benar faham, berjanji akan mencari tangkal tersebut untuk
diserahkan kepada saya untuk lupuskan. Namun hingga sekarang, janji tinggal
janji dan tangkal masih belum diserahkan kepada saya. Pada kebiasaannya di saat
umur tua melebihi tujuh puluhan, memang ramai orang tua seperti Mak Nah
merasakan adat kebiasaan berjumpa bomoh dan menyimpan tangkal adalah semacam
satu adat yang diredahi Allah. Jadi untuk mengubah tanggapan yang salah ini,
satu tempuh waktu yang panjang adalah diperlukan untuk buat satu 'turnover'
agar Mak Nah benar-benar faham dan kukuh agar meninggalkan kerja syirik yang
berat hukumannya di sisi Allah. Saya masih belum berjaya melakukan 'turnover'
ke atas Mak Nah.
Akibat penyimpanan tangkal dan azimat oleh Amat cucu Mak Nah
ini, sifat-sifat Amat kian berubah. Jikalau dahulu Amat sering azan maghrib di
surau, kini hanya tinggal kenangan sahaja. Syaitan pada tangkal dan azimat
tersebut semakin hari semakin berdamping rapat dengan Amat. Syaitan inilah yang
setiap saat membisikkan kepada Amat agar kelakuannya menjauhi agama Islam.
Semakin hari hubungan syaitan dan Amat semakin rapat dan seolah-olah tidak akan
berpisah lagi buat selama-lamanya. Syaitan inilah yang mempengaruhi Amat supaya
benci kepada sekolah agama pondok di Negeri Sembilan dahulu. Syaitan juga
mempengaruhi diri Amat dengan secara melampau hingga Amat hilang fikiran dan
mengalami histeria. Manakan sanggup syaitan dalam diri Amat untuk terus tinggal
di sekolah agama pondok tersebut. Setiap masa syaitan seperti terpukul apabila
mendengar azan dan ayat-ayat Allah. Kalau Amat menjadi baik di sekolah ini dan
menjadi ustaz, sudah pasti Amat akan membuang tangkal dan azimatnya dan
sedihlah syaitan kerana ia akan kehilangan satu sahabat karib bernama 'Amat'.
Amat dirasuk syaitan setiap masa dan waktu dan klimaksnya
adalah sewaktu berada di sekolah agama pondok kerana perlindungan Allah ke atas
Amat telah ditarik balik kerana Amat melakukan syirik yang besar lalu Amat
terdedah dengan godaan dan permainan dari syaitan laknatullah. Elakkan diri
kita dari berjumpa bomoh dan menyimpan tangkal dan azimat kerana ini hanya akan
menjadikan diri kita syirik lalu menjadi kafir kerana menyengukutukan Allah dan
mulai dari saat tersebut, Allah tidak akan memberikan perlindunganNya kepada
kita. Pohonlah sentiasa doa terus kepadaNya disamping mengerjakan suruhanNya
dan menjauhi laranganNya. Tuhan pasti akan melindungi kita. InsyaAllah.
Pengajaran dari kisah kali ini ialah:
1. Gangguan syaitan
melalui perangai yang pelik dan histeria adalah antara puncanya disebabkan menyimpan dan mengutip
tangkal.
2. Syaitan yang
menjadi pendamping pada tangkal azimat ini akan menjauhkan diri seseorang itu
dari jalan Islam yang sebenar apatah lagi kalau nak jadi ustaz, macam jauh
panggang dari api.
3. Sekolah pondok
berteraskan Islam di atas sudah tidak mampu lagi menangani kes gangguan
histeria di kalangan pelajar islam mereka. Banyak sekolah agama lain yang saya
sangat kenal juga sudah tidak mampu menangani dan membanteras gejala histeria
ini. (Ada setengah sekolah agama akhirnya memanggil bomoh untuk menangani
sebahagian kawasan sekolahnya yang dianggap “keras”).
Sekian buat kali ini.
Wallahualam, Wassalam.
Kunjungilah laman saya di http://emjayjb.multiply.com/
Dan email saya di kangmasjb@hotmail.com
Emjay. (penulis artikel di atas)
----------------------------------------------------
kisah ni aku copy paste dr website kat atas tu
http://emjayjb.multiply.com/
No comments:
Post a Comment