Wednesday, 29 February 2012

Terkantoinya Sebuah Penipuan


Aku nak kongsikan satu cerita yang berlaku kt kedai famili aku (Satay Station), kisah ini berkaitan dengan salah seorang pekerja kami, biar aku namakan dia Sam (bukan nama sebenar). Setiap hari, kedai akan dibuka dlm pkl 4 mcm tu, jd aku tak sempat nak solat asar kt rumah, so aku solat kt kedai jer... satu hari tu, selepas aku usai solat asar (masa tu abg aku gantikan aku sbg cashier), abg aku panggil suruh kirakan bil(kertas order yang dh tertulis order customer, di tulis dengan pensil) yang Sam bagi, tp masa tu aku baru je selesai solat, so lambat ckit la aku nak pi ke kaunter cashier tu.

setiba je aku kat kaunter, aku tanya Sam “hah, nak aper, bil nya mana?” (aku ni jenis yg ckp menengking, lebih kurg mcm tu la ayat aku), aku tengok dia tengah tulis2 atas kertas order, tak tau la ape yg dia tulis, pastu dia ckp “nanti jap la kak, saya nak pi tengok balik order die(customer).” customer tu kat kedai sebelah, dia bungkus satay die, jadi Sam pun pergi la tengok balik...aku tunggu je la...

Sunday, 26 February 2012

Wanita Dan Persolekan Bahagian 3


Bahagian 3: Hukum Wanita Memakai Bau-bauan

Hukum wanita memakai bau-bauan mempunyai beberapa keadaan. Adakalanya wajib, adakalanya sunat, adakalanya makruh dan adakalanya haram. Tidak sama seperti kaum lelaki, hukum memakai bau-bauan bagi lelaki adalah sunat.

a)Waktu wajib wanita berwangi-wangian
Hukum memakai wangian adalah wajib bagi wanita, iaitu ketika suami ada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami di waktu malam, hendaklah mereka lebih dahulu bersolek dan memakai wangi-wangian. Selain daripada tujuan tersebut tidak diwajibkan.

Nabi saw bersabda, maksudnya; “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu (suami) memandang kepadanya sentiasa menyenangkan hati kamu...”-(An-Nasa’ie dari Abu Hurairah).

Menyenangkan hati di sini, ialah dalam semua segi. Dari segi akhlak, wajahnya dan dirinya sentiasa berhias, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami juga termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi kalau untuk keluar rumah, wanita dilarang bahkan haram bersolek dan mengenakan bau-bauan, kerana terdapat keterangan hadis melarang wanita memakai bau-bauan dan bersolek ketika keluar rumah.

Sabda Nabi saw, maksudnya; “Setiap wanita yang keluar rumah memakai bau-bauan, kemudian ia melewati di hadapan orang ramai (lelaki ajnabi) dan mereka tercium bau wanginya, maka hukum dan dosanya sama seperti ia berzina”-(Riwayat An-Nasa’ie, Abu Daud, At-Tirmizi, Al-Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Abu Musa Ashaari).

Friday, 24 February 2012

Mengapa Perlu Takut? Mengapa Perlu Syukur?

Allah yang memberikan kita ini nyawa, Allah lah yang memberikan kita keluarga, Allah juga yang memberi kita rezeki, Allah beri kan kita hidung untuk bernafas, mulut untuk kita makan, kaki untuk kita berjalan, Allah yang memberikan kita kesihatan, Allah jugalah yang memberikan kita akal fikiran, Allah lah yang memberikan kita segala-galanya yang kita ada di dunia ini.

oleh itu marilah sama-sama kita fikirkan, mengapa kita selalu meminta pertolongan daripada makhluk Allah yg lain (manusia, jin atau syaitan) sekiranya kita berada di dalam kesusahan? Jika kita terkena buatan orang, mengapa bomoh yang kita cari? padahal jin/syaitan tidak dapat berbuat apa2 pada kita jika Allah tidak izinkan mereka menyentuh kita, mengapa pula bomoh yg kita cari jika Allah yang mengizinkan jin/syaitan berbuat jahat kepada kita? Mengapa tidak kita tadahkan tangan memohon ke hadrat Ilahi supaya dihapuskan gangguan2 tersebut. kalau kita tidak tahu ayat mana yang perlu dibaca, apa susahkan, ambil wuduk, solat lima waktu, usai solat, tadahkan tangan berdoa sepenuh hati (bace melayu je), minta pada Allah supaya jangan izinkan makhluk lain mengganggu kehidupan kita. susah ke? Tentulah perlukan istiqamah dalam perkara mcm ni. Selagi Allah tidak perkenankan doa kita, kita teruskan lagi berdoa, banyakkan lagi ibadah kita, yakin dan percaya yang Allah akan membantu kita, kerana Allah Maha Mendengar, Allah sengaja tak makbulkan doa kita, sbb ape? sbb Allah rindu nak mendengar kita merayu-rayu dalam berdoa kepadaNya. Jika ada antara kita yang berjumpa ustaz2 yang arif dlm bab2 halau hantu ini, Alhamdulillah, tp kita kena ingat itu cuma jalan ikhtiar, bukan ustaz/ustazah yang dapat menghalau hantu tu atau menyembuhkan penyakit kita tu, tapi Allah sajelah yang dpt memulihkan kita kerana dengan izin Allah lah mereka dpt mengganggu kita, dan dengan izin Allah jugalah mereka tidak lagi dapat berbuat apa2 kpd kita.

Wanita Dan Persolekan Bahagian 2


Bahagian 2: Hikmah Dilarang Bertabarruj

Artikel sebelum ini telah membincangkan tentang hukum wanita bersolek dan berhias, juga diterangkan maksud tabarruj jahiliah. Dalam bahagian 2 ini kita akan membincangkan tentang hikmah dilarang bertabarruj. Antara hikmahnya adalah:
  1. Supaya wanita muslimah tidak kembali menjadi golongan hina sepertimana wanita jahiliah, yang mana boleh ditonton dan dilihat oleh orang ramai bagai barangan murah yang terdedah di pasar-pasar.
  2. Mengelak terjadi krisis sosial kerana wanita bersolek berlebihan boleh merosakkan hati lelaki yang memandangnya. Lelaki yang terangsang nafsu seksnya mudah sahaja mengganas seperti mengganggu atau merogolnya. 
  3. Mengelak krisis rumah tangga. Apabila wanita bebas keluar rumah dalam keadaan bersolek, lelaki yang memandangnya mudah terpaut hati. Jika kedua-duanya telah berkahwin, maka akan berlaku kejadian suami berasmara dengan isteri orang. Masing-masing mempunyai love affair di luar rumah, maka hubungan suami-isteri dalam rumah menjadi hambar. 
  4. Wanita dan lelaki mudah terperangkap dengan perangkap syaitan dan mereka dengan mudah melanggar perintah Allah.

Oleh itu, selaku wanita Islam yang tinggi nilai akhlak dan harga diri, hendaklah menjaga diri agar tidak meniru bentuk perhiasan dan pakaian wanita jahiliah. Kerana wanita yang bertabarruj seperti wanita jahiliah akan mudah menimbulkan fitnah dan inilah yang ditakuti oleh Rasulullah saw.

Sabda Rasulullah saw, maksudnya; “Tidak aku tinggalkan sesudahku,suatu fitnah yang dahsyat ke atas kaum lelaki, melainkan berpunca daripada wanita”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda saw lagi, maksudnya; “Takutlah akan fitnah dunia dan fitnah wanita. Fitnah yang mula-mula terkena Bani Israel ialah datang dari wanita” –(Riwayat Muslim).

InsyaAllah, topik Wanita Dan Persolekan ni, aku akan sambung dalam bahagian 3 pula lepas ni. Sprt biasa, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dtg dr kelemahan diriku sendiri. Assalammualaikum...

Tuesday, 21 February 2012

Wanita Dan Persolekan Bahagian 1

Bahagian 1:Hukum Bersolek

Di samping menitik beratkan tentang kecantikan akhlak, Islam tidak melarang wanita bersolek untuk kecantikan fizik. Bahkan, bersolek hukumnya wajib jika untuk suami mereka, tetapi haram jika untuk lelaki ajnabi atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekan. Hukum haram juga jika bersolek sehingga mengubah dan meminda kejadian Allah dan menyerupai persolekan wanita jahiliah atau tabarruj jahiliah.

Maksud tabarruj jahiliah ialah wanita berpakaian yang mendedahkan aurat atau perhiasan atau kecantikan mereka kepada lelaki bukan mahram atau bergaya dengan cara berlenggang-lenggok mereka (badan dan punggung) yang mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

Perhiasan yang biasa dipakai oleh wanita jahiliah:
  1. anting-anting di telinga
  2. rantai atau loket di leher dan di dada
  3. perhiasan (barang kemas) di sanggul
  4. gigi emas
  5. cincin di jari
  6. gelang di lengan
  7. gelang kaki
Pakaian yang biasa dipakai oleh wanita jahiliah pula ialah bentuk fesyen yang menampakkan bentuk (susuk) tubuh badan mereka, sprt pakaian ketat dan nipis, pakaian yang mendedahkan dada dan belakang, kain yang terbelah hingga ke peha dan sebagainya.

Itulah yang dikatakan bentuk perhiasan dan pakaian serta gaya jahiliah yang diharamkan wanita Islam memakainya, kecuali kepada suami mereka. Kalau untuk suami mereka dihukum wajib pula mereka berhias dan berpakaian serta bergaya dengan gaya seksi (mengghairahkan). Kedudukan hukum ini hendaklah jelas dan difahami oleh kita. Jangan pula, mentang-mentang ikut Islam, semua fesyen pakaian yang mengghairahkan di zaman dahulu dibuang dan dibakar habis. Pakaian seksi boleh dipakai di dalam rumah, khusus untuk suami, bukan untuk keluar sepertimana zaman jahiliah dahulu.

Sunday, 19 February 2012

Contoh-contoh Kesalahan Dalam Berpakaian

Seperti yang aku janjikan dlm artikel Aurat Wanita Beriman sebelum ini, artikel kali ini tentulah berkenaan cth2 kesalahan dalam berpakaian...bacalah kat bawah ni, banyak cth aku letak...


Memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan adalah haram. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Saturday, 18 February 2012

Aurat Wanita Beriman

Masa aku sekolah dulu (sek agama), memang jarang aku jumpa org perempuan yang tidak menutup aurat...ye la...mana tak nyer terperuk kat sekolah 24 jam...duduk kat asrama plak tu...memg lah jarang nampak dunia di luar sana..


tp bile aku mula membawa diri di kolej dan di universiti, mata aku mula terbuka luas...tp masa tu xcukup luas lagi la...bile aku start keje kat restoran famili aku dan bermacam jenis manusia yang aku jumpe, baru la mata ini terbuka seluas-luasnya...


dan ini membuatkan aku tertanya adakah mereka ini tidak tahu dosa kalau tidak menutup aurat? tidakkah si suami tahu tanggungjawab memberi isteri ilmu agama?(aku pikir mcm ni la bila aku jumpa seorg suami bersama isterinya yg seksi giler). atau adakah mereka ni tak pernah diberitahu pasal aurat?(mana mungkin kan, kat sekolah kan ada ajar pasal aurat)...tapi aku buat kesimpulan sendiri mungkin diorang ni semua tinggi ilmu dunia tp cetek ilmu agama... tp jika korg perasan masyarakt kita sekrg memg mementingkan ilmu dunia cth;math ke sains ke dll. berbanding ilmu agama...