tp bile aku mula membawa diri di kolej dan di universiti, mata aku mula terbuka luas...tp masa tu xcukup luas lagi la...bile aku start keje kat restoran famili aku dan bermacam jenis manusia yang aku jumpe, baru la mata ini terbuka seluas-luasnya...dan ini membuatkan aku tertanya adakah mereka ini tidak tahu dosa kalau tidak menutup aurat? tidakkah si suami tahu tanggungjawab memberi isteri ilmu agama?(aku pikir mcm ni la bila aku jumpa seorg suami bersama isterinya yg seksi giler). atau adakah mereka ni tak pernah diberitahu pasal aurat?(mana mungkin kan, kat sekolah kan ada ajar pasal aurat)...tapi aku buat kesimpulan sendiri mungkin diorang ni semua tinggi ilmu dunia tp cetek ilmu agama... tp jika korg perasan masyarakt kita sekrg memg mementingkan ilmu dunia cth;math ke sains ke dll. berbanding ilmu agama...
sebenarnya tujuan aku karang artikel ni sebab nak mengingatkan diriku sendiri dan juga nak mengajar wanita2 muslimah di luar sana cara berpakaian menurut Islam yang sebenarnya...sebab ramai yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang... dan ada juga wanita yang berpakaian mengikut tren terkini versi muslimah, pada hakikatnya caranya bertentangan dengan syarak...
aku rasa semua dah tahu bahawa aurat seorang wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan...(kat sekolah kan dah belajar). Aku rasa dari ayat ni lah timbulnya kekeliruan dan salah tafsir oleh wanita muslimah. sebab ape, ramai wanita yg "menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan"(dah betul dah tu), tetapi apa yang tak betulnya pakaian yg dipakai itu jarang, mempunyai warna yang menarik perhatian atau ketat. Jadi, aku serta kan kat bwh ni cara2 berpakaian mengikut syarak utk wanita muslimah;
Cara-cara berpakaian mengikut syariat Islam bagi Muslimah:
1.pakaian mestilah menutup aurat iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
2.tudung yang dipakai mestilah labuh sehingga menutup dada, tidak jarang dan tidak menarik perhatian.
3.pakaian hendaklah longgar, tidak sempit dan tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh
4.pakaian itu hendaklah dibuat daripada kain yang agak tetal, tidak nipis dan tidak jarang sehingga menampakkan bayangan tubuh badan.(kalau pakai kain, hendaklah pakai kain dalam sekali sebb ape, klu korg lalu kt tmpt yg bercahaya bayangan kaki korang akan terlihat)
5.pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian org yang melihatnya.
6.pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki
7.baju yang di pakai mestilah dilabuhkan sehingga keparas pinggul (menutup pinggul... lagi labuh lagi baik)
8.mestilah bersarung kaki sebab kaki kan aurat.
9.kain dan seluar yang dipakai mestilah labuh sehingga ke buku lali
10.lengan baju hendaklah panjang sehingga ke pergelangan tangan
11.pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik
sekian sajelah dari aku utk kali ni...lepas ni nanti aku tunjukkan plak contoh2 kesalahan dlm berpakaian...yang baik itu dtg dari Allah, yg buruk itu datang dari kesilapn diri ku sendiri...assalammualaikum
No comments:
Post a Comment