Bahagian 2: Hikmah Dilarang Bertabarruj
Artikel sebelum ini telah membincangkan tentang hukum wanita bersolek dan berhias, juga diterangkan maksud tabarruj jahiliah. Dalam bahagian 2 ini kita akan membincangkan tentang hikmah dilarang bertabarruj. Antara hikmahnya adalah:
- Supaya wanita muslimah tidak kembali menjadi golongan hina sepertimana wanita jahiliah, yang mana boleh ditonton dan dilihat oleh orang ramai bagai barangan murah yang terdedah di pasar-pasar.
- Mengelak terjadi krisis sosial kerana wanita bersolek berlebihan boleh merosakkan hati lelaki yang memandangnya. Lelaki yang terangsang nafsu seksnya mudah sahaja mengganas seperti mengganggu atau merogolnya.
- Mengelak krisis rumah tangga. Apabila wanita bebas keluar rumah dalam keadaan bersolek, lelaki yang memandangnya mudah terpaut hati. Jika kedua-duanya telah berkahwin, maka akan berlaku kejadian suami berasmara dengan isteri orang. Masing-masing mempunyai love affair di luar rumah, maka hubungan suami-isteri dalam rumah menjadi hambar.
- Wanita dan lelaki mudah terperangkap dengan perangkap syaitan dan mereka dengan mudah melanggar perintah Allah.
Oleh itu, selaku wanita Islam yang tinggi nilai akhlak dan
harga diri, hendaklah menjaga diri agar tidak meniru bentuk perhiasan dan
pakaian wanita jahiliah. Kerana wanita yang bertabarruj seperti wanita jahiliah
akan mudah menimbulkan fitnah dan inilah yang ditakuti oleh Rasulullah saw.
Sabda Rasulullah saw, maksudnya; “Tidak aku tinggalkan sesudahku,suatu fitnah yang dahsyat ke atas kaum
lelaki, melainkan berpunca daripada wanita”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Baginda saw lagi, maksudnya; “Takutlah akan fitnah
dunia dan fitnah wanita. Fitnah yang mula-mula terkena Bani Israel ialah datang
dari wanita” –(Riwayat Muslim).
InsyaAllah, topik Wanita Dan Persolekan ni, aku akan sambung dalam bahagian 3 pula lepas ni. Sprt biasa, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dtg dr kelemahan diriku sendiri. Assalammualaikum...
No comments:
Post a Comment