Seperti yang aku janjikan dlm artikel Aurat Wanita Beriman sebelum ini, artikel kali ini tentulah berkenaan cth2 kesalahan dalam berpakaian...bacalah kat bawah ni, banyak cth aku letak...
Memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan adalah haram. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.
(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)
“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223-
serta
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Trend ini tiada di zaman Rasulullah namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini) dilihat benar-benar terjadi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
gambar 1
Kesalahan gambar 1:
- tudungnya pendek(kan mesti kena labuh sampai menutup dada)
- bajunya berlengan pendek dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh
- baju yg dipakai juga singkat (kan baju yg dipakai mestilah labuh sehingga ke paras pinggul--menutup pinggul la)
- seluar yang dipakai ketat tp kalau baju yg dipakai labuh sehingga ke paras lutut, seluar tu tak jadi masalah.
gambar 2
Kesalahan gambar 2:
- tudungnya pendek sbb tudung mestilah kena labuh sehingga menutup dada
- baju yang dipakai sempit sehingga menampakkan bentuk tubuh
gambar 3
Kesalahan gambar 3:
- tudung yang di pakai pendek dan bersanggul palsu sprt yg dinyatakan dlm hadis Nabi saw kt atas.
gambar 4
Kesalahan gambar 4:
- baju yang dipakai ketat dan sempit sehingga menampakkan susuk tubuh
- seluar legging yang dipakai adalah haram dipakai kerana terlalu ketat dan mengikut bentuk kaki, inilah antara cth menutup aurat yg tidak mengikut syariat Islam.
- tudung yg dipakai pendek
- warna baju yang dipakai juga terlalu menarik perhatian.
gambar 5
Kesalahan gambar 5:
- tudung yang dipakai singkat (kesalahan menutup aurat yang kerap berlaku adlh yg berkaitan dengan tudung kepala)
- pakaiannya tidak ketat tetapi masih menampakkan bentuk tubuh
gambar 6
Kesalahan gambar 6:
- tidak memakai sarung kaki
- tudung yang dipakai pendek (baju dan kain dah ok dah)
Setakat tu je lah cth2 yg mampu aku letak dlm artikel ni... rasanya banyak lagi fesyen sekarang yang tidak mengikut syariat Islam yg sebenar...tp apa yg aku perasan sekrg ni bermcm2 jenis tudung yg terjual kt kedai, jd korg hati2 lah dlm memilih tudung sbb takut yg dibeli tu hanya menutup kepala tp tak menutup dada(ini adlah syarat penting dlm bertudung). Dan kebanyakan kesalahan dalam menutup aurat selalunya adlh berkaitan tudung...
Di sini aku nak ingatkan juga, klu korg dah menutup aurat dgn sempurna (Alhamdulillah), tp korg kena ingat hiasan yg dipakai di tudung sprt kerongsang, jgnlah pakai yg terlalu besar atau yg menarik perhatian mcm yg ada rantai tu...begitu juga dengan warna pakaian yg dipakai termasuk tudung, pilihlah warna yg kurang menarik perhatian dan warna yg tidak terlalu menonjol sprt kelabu,coklat gelap,hitam,hijau tua,biru tua dll. Jenis kain pakaian yg korg pakai pun penting jugak termasuk kain tudung, pastikan tidak nipis dan jarang (tu yg penting).
so kesimpulannya, apa saje pakaian yang menarik perhatian termasuklah kasut, sarung kaki, hiasan tudung, seluar, kain, tudung, baju dll, (asal saje yg menarik perhatian) adalah haram dipakai.
Kita juga perlu niatkan dihati, kita berpakaian menutup aurat ini kerana Allah. Dah dpt pahala kt situ. Alhamdulillah...
InsyaAllah, artikel yg berikutnya mungkin pasal wanita yg berhias atau pasal aurat lagi... sprt biasa semua yg baik itu dtg dari Allah, dan yg buruk itu dtg dari kesilapan diriku sendiri...Assalammualaikum








No comments:
Post a Comment