Tuesday, 21 February 2012

Wanita Dan Persolekan Bahagian 1

Bahagian 1:Hukum Bersolek

Di samping menitik beratkan tentang kecantikan akhlak, Islam tidak melarang wanita bersolek untuk kecantikan fizik. Bahkan, bersolek hukumnya wajib jika untuk suami mereka, tetapi haram jika untuk lelaki ajnabi atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekan. Hukum haram juga jika bersolek sehingga mengubah dan meminda kejadian Allah dan menyerupai persolekan wanita jahiliah atau tabarruj jahiliah.

Maksud tabarruj jahiliah ialah wanita berpakaian yang mendedahkan aurat atau perhiasan atau kecantikan mereka kepada lelaki bukan mahram atau bergaya dengan cara berlenggang-lenggok mereka (badan dan punggung) yang mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

Perhiasan yang biasa dipakai oleh wanita jahiliah:
  1. anting-anting di telinga
  2. rantai atau loket di leher dan di dada
  3. perhiasan (barang kemas) di sanggul
  4. gigi emas
  5. cincin di jari
  6. gelang di lengan
  7. gelang kaki
Pakaian yang biasa dipakai oleh wanita jahiliah pula ialah bentuk fesyen yang menampakkan bentuk (susuk) tubuh badan mereka, sprt pakaian ketat dan nipis, pakaian yang mendedahkan dada dan belakang, kain yang terbelah hingga ke peha dan sebagainya.

Itulah yang dikatakan bentuk perhiasan dan pakaian serta gaya jahiliah yang diharamkan wanita Islam memakainya, kecuali kepada suami mereka. Kalau untuk suami mereka dihukum wajib pula mereka berhias dan berpakaian serta bergaya dengan gaya seksi (mengghairahkan). Kedudukan hukum ini hendaklah jelas dan difahami oleh kita. Jangan pula, mentang-mentang ikut Islam, semua fesyen pakaian yang mengghairahkan di zaman dahulu dibuang dan dibakar habis. Pakaian seksi boleh dipakai di dalam rumah, khusus untuk suami, bukan untuk keluar sepertimana zaman jahiliah dahulu.

Hukum bertabarruj sepertimana maksud di atas, diharamkan ke atas wanita Islam. Terdapat beberapa dalil dalam Al-Quran dan Al-Hadis tentang laranganNya. Antaranya, Firman Allah dalam surah Al-Ahzaab ayat 33 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu"

Tersebut di dalam kitab Al-Wa'yul Islami bahawa; "Adapun perhiasan atau alat kecantikan (alat solek) wanita, selagi tidak mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan penipuan hukumnya adalah harus bagi wanita yang tidak bersuami dan tidak bertujuan untuk menampakkan kepada lelaki yang ajnabi serta tidak berlebih-lebihan dalam pemakaiannya. Akan tetapi apabila wanita itu bersuami dan suaminya menghendaki ia bersolek untuknya, maka hukumnya wajib ia bersolek untuk suaminya. Jika suaminya org yg tidak suka isteri bersolek dan berdandan dan ia melarang, maka haram hukumnya ia berbuat demikian, kerana terjatuh kepada mendurhakai suami. Tapi jika suaminya diam, maka hukumnya harus ia bersolek."

Satu lagi masalah: sekiranya suami menyuruh isteri bersolek ketika keluar rumah dan suami redha pula isteri menampakkan perhiasannya kepada lelaki ajnabi, maka ketika itu jika isteri membantah suami yg menyuruh melakukan sesuatu yang mendurhakai Allah, tidak berdosa. Suami yang bersikap demikian dianggap dayus. Org dayus tidak masuk syurga, hatta bau pun tidak dapat. Isteri yg cerdik patut boleh menimbang perkara itu. Jangan taat secara melulu. Mentang-mentang demi taatkan suami sanggup lakukan apa sahaja sehingga melanggar perintah Allah pun ditaati juga.

Rasulullah saw melarang hal yang serupa itu dengan sabdanya, maksudnya; "...apabila kamu diperintahkan melakukan maksiat, tidak wajib ditaati..." -(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam Hadis lain Rasulullah saw bersabda lagi, maksudnya; "Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang menderhakai Khaliq (Allah)" -(Imam Ahmad dan Al-Hakim dari Amran dan Hakim ibnu Amrul Ghafari. Menurut sepakat ulamak hadis, hadis ini Soheh).

                       ------------------------------------------------------------------


Kesimpulan yang aku boleh buat pasal hukum wanita bersolek dan berhias ini ialah hukumnya ada 2 iaitu haram dan wajib. Haram jika bersolek dan berhias untuk diperlihatkan kpd lelaki ajnabi (yg boleh dikahwini) dan wajib jika bersolek dan berhias untuk suami sendiri bukan suami org ye... bersolek untuk suami sendiri di sini bermaksud berhias dan bersolek di dlm rumah sahaje dan dipertontonkan kpd suami sendiri. Tapi, kalau niat korg nak bersolek dan berhias untuk suami tidak kira sama ada berada di rumah atau di luar rumah, hukumnya tetap haram jika bersolek dan berhias ketika keluar rumah walaupun suami redha. Kena ingat di sini redha suami lagi penting ke redha Allah? Tentulah redha Allah kan... Jadi korg berdosa la kalau korg bersolek dan berhias ketika keluar rumah walaupun dengan niat untuk suami. ada paham?? Kalau suami korg perintahkan korg bersolek dan berhias ketika keluar rumah, korg tidak akan berdosa jika membantah...terangkan pd suami elok2 kan sonang.

Bersolek dan berhias untuk suami pula ada 3 hukum, iaitu wajib jika suami suruh, haram jika suami larang dan harus jika suami diam (xsuruh, xlarang).

Tamatlah bahagian 1 ni, lepas ni aku masuk plak bahagian 2, InsyaAllah...Seperti biasa yang baik itu dtg dr Allah, yg buruk itu dtg dr kesilapan diriku sendiri...Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment